Pages

Sejarah penciptaan pisau cukur

Gillette Patent

 Pada suatu hari pada 1895 semasa beliau hendak bercukur, King merasa kesukaran menggunakan pisau cukur tersebut. Bahkan seringkali beliau terluka semasa bercukur akibat pisau cukur yang tumpul. Pada masa itu alat cukur yang ada terlalu besar dan perlu diasah setiap kali hendak digunakan.

Maka timbul idea untuk beliau membuat pisau cukur yang lebih kecil, praktikal dan mudah diganti apabila tumpul. Seterusnya beliau mengemukakan ideanya kepada para pakar di Massachusetts Institute of Technology (MIT). Sebuah universiti terkemuka dalam bidang teknologi. Sayangnya hampir enam tahun, beliau masih tidak dapat  meyakinkan pakar tersebut untuk membantunya.

Dengan bermodalkan semangat yang tidak pernah pudar, King berusaha bersungguh-sungguh dan akhirnya King berjaya melahirkan ciptaan inovasinya iaitu pisau cukur yang mudah, selamat dan lebih praktikal. Akhirnya pisau yang dihasilkan sangat tipis, tajam, murah dan tidak perlu diasah yang sangat mudah digunakan.

Seorang lelaki bernama William Emery Nickerson akhirnya membantunya, mereka berdua menghabiskan waktu lima tahun untuk mencari orang yang mampu menyediakan sebuah mesin yang boleh mencetak mata pisau cukur yang beliau kehendaki. Setelah itu mereka menubuhkan sebuah syarikat yang dikenali  American Safety Razor Company. Melalui syarikat inilah jenama pisau cukur Gillette dihasilkan sehingga menjadi pengeluar pisau cukur terbesar di dunia.

Pada 1901, King dan William Nickerson melakukan modifikasi pisau cukur keselamatan dengan menciptakan pisau bermata dua yang dapat diganti dan dibuang setelah dipakai. Pisau cukur berbentuk huruf T yang bahagian atasnya dapat diputar untuk memasukkan pisau ini juga mendapat patern pada tahun yang sama. Inilah yang kemudian kita kenali sebagai alat pencukur yang ada hingga saat ini.
 
Pada tahun pertama, pisau cukurnya hanya laku 144 unit. Meskipun begitu, King tidak menyerah kalah. Beliau mencari jalan awal dengan mengurangkan kos operasi. Memberi secara percuma di peringkat awal sebagai cara promosi. Cara ini kemudian berhasil. Hingga tahun 1904, usahanya mula mendapat perhatian dari masyarakat. Kepercayaan masyarakat terhadap produknya berjaya meningkatkan jumlah penjualan. Akhirnya penjualannya mencapai  90 ribu unit dan 123 ribu mata pisau.

Untuk meningkatkan penjualannya, King membuka pejabat cawangan pertamanya di luar Amerika iaitu di London, bagi memasarkan produknya di Eropah. Kemudian Gillette berjaya mendominasi alat cukur seluruh dunia. Perusahaan yang dibangun oleh King menjadi pemimpin pasaran di Eropah dengan 70 peratus pasaran dan di Amerika Latin dengan 80 peratus pasaran. Perusahaan yang dibangunkan sejak 1869, sekarang bernilai sekitar 8.5 juta dolar AS.

King Camp Gillette akhirnya meninggal dunia pada  9 Julai 1932 di Los Angeles California, AS. Jasadnya dikuburkan di perkuburan The Forest Lawn Memorial Park Cemetery di Glendale, California. Hingga saat ini, melalui penemuannya, King mampu menggerakkan sebuah revolusi dalam penggunaan industri alat cukur.