Pages

Gillette®

Gillette® has been at the heart of men’s grooming for over 100 years. Each day, more than 600 million men around the world trust their faces and skin to Gillette’s innovative razors and shaving products. This commitment to giving men the very best is carried into our line of personal care products, including deodorant and body wash. All designed for the unique needs of men – helping them to look, feel and be their best every day.

Sejarah penciptaan pisau cukur

Gillette Patent

 Pada suatu hari pada 1895 semasa beliau hendak bercukur, King merasa kesukaran menggunakan pisau cukur tersebut. Bahkan seringkali beliau terluka semasa bercukur akibat pisau cukur yang tumpul. Pada masa itu alat cukur yang ada terlalu besar dan perlu diasah setiap kali hendak digunakan.

Maka timbul idea untuk beliau membuat pisau cukur yang lebih kecil, praktikal dan mudah diganti apabila tumpul. Seterusnya beliau mengemukakan ideanya kepada para pakar di Massachusetts Institute of Technology (MIT). Sebuah universiti terkemuka dalam bidang teknologi. Sayangnya hampir enam tahun, beliau masih tidak dapat  meyakinkan pakar tersebut untuk membantunya.

Dengan bermodalkan semangat yang tidak pernah pudar, King berusaha bersungguh-sungguh dan akhirnya King berjaya melahirkan ciptaan inovasinya iaitu pisau cukur yang mudah, selamat dan lebih praktikal. Akhirnya pisau yang dihasilkan sangat tipis, tajam, murah dan tidak perlu diasah yang sangat mudah digunakan.

Seorang lelaki bernama William Emery Nickerson akhirnya membantunya, mereka berdua menghabiskan waktu lima tahun untuk mencari orang yang mampu menyediakan sebuah mesin yang boleh mencetak mata pisau cukur yang beliau kehendaki. Setelah itu mereka menubuhkan sebuah syarikat yang dikenali  American Safety Razor Company. Melalui syarikat inilah jenama pisau cukur Gillette dihasilkan sehingga menjadi pengeluar pisau cukur terbesar di dunia.

Pada 1901, King dan William Nickerson melakukan modifikasi pisau cukur keselamatan dengan menciptakan pisau bermata dua yang dapat diganti dan dibuang setelah dipakai. Pisau cukur berbentuk huruf T yang bahagian atasnya dapat diputar untuk memasukkan pisau ini juga mendapat patern pada tahun yang sama. Inilah yang kemudian kita kenali sebagai alat pencukur yang ada hingga saat ini.
 
Pada tahun pertama, pisau cukurnya hanya laku 144 unit. Meskipun begitu, King tidak menyerah kalah. Beliau mencari jalan awal dengan mengurangkan kos operasi. Memberi secara percuma di peringkat awal sebagai cara promosi. Cara ini kemudian berhasil. Hingga tahun 1904, usahanya mula mendapat perhatian dari masyarakat. Kepercayaan masyarakat terhadap produknya berjaya meningkatkan jumlah penjualan. Akhirnya penjualannya mencapai  90 ribu unit dan 123 ribu mata pisau.

Untuk meningkatkan penjualannya, King membuka pejabat cawangan pertamanya di luar Amerika iaitu di London, bagi memasarkan produknya di Eropah. Kemudian Gillette berjaya mendominasi alat cukur seluruh dunia. Perusahaan yang dibangun oleh King menjadi pemimpin pasaran di Eropah dengan 70 peratus pasaran dan di Amerika Latin dengan 80 peratus pasaran. Perusahaan yang dibangunkan sejak 1869, sekarang bernilai sekitar 8.5 juta dolar AS.

King Camp Gillette akhirnya meninggal dunia pada  9 Julai 1932 di Los Angeles California, AS. Jasadnya dikuburkan di perkuburan The Forest Lawn Memorial Park Cemetery di Glendale, California. Hingga saat ini, melalui penemuannya, King mampu menggerakkan sebuah revolusi dalam penggunaan industri alat cukur.

Pencipta pisau cukur Gillette

King Camp Gillette

King Camp Gillette, seorang usahawan dari Baltimore Seal Company, Amerika Syarikat, yang mempunyai idea membuat pisau cukur sekali pakai ini. Berkat penemuannya ini kaum Adam tidak perlu risau mengatasi masalah bulu yang tumbuh secara “liar” di sekitar tubuh kita.

King Camp Gillette, lahir 5 Januari 1855 di sebuah kota kecil Fond du Lac, Wisconsin, Amerika Syarikat. Semasa hidupnya, ia dibesarkan oleh keluarga yang berada. Ayahnya adalah seorang ahli dalam bidang penciptaan, manakala ibunya ahli di bidang masakan. Saat King berusia empat tahun, keluarganya berhijrah ke Chicago, Illinois, tempat ayahnya memulakan perniagaan baru.
 
Pada tahun 1871 perniagaan ayahnya musnah akibat kebakaran besar yang juga menghancurkan sebagian kota Chicago. Untuk menghilangkan trauma atas bencana itu, King dan keluarganya pindah ke New York City, mengikuti jejak ayahnya yang beralih ke bidang agen hak paten. Meskipun keluarganya tergolong orang berada, King tidak berminat untuk melanjutkan sekolah. Minat untuk menjadi inovator begitu kuat. Saat itulah, King mulai berinspirasi untuk menciptakan sesuatu. Pada usianya 18 tahun, King memutuskan bekerja sebagai salesman. Namun, ia tak pernah lupa untuk selalu mencipta sesuatu yang baru.

Dalam kehidupannya, King seorang yang antikapitalis. Pada usia 39 beliau menulis The Human Drift, yang menyatakan bahawa persaingan adalah akar kepada segala kejahatan. Karya intelektualnya ini berinspirasi daripada ibunya yang telah lebih dulu menerbitkan buku resepi terkenal, "White House Cookbook", buku itu masih terus diulang cetak hingga 100 tahun kemudian.